𝟮𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
KUALA LUMPUR, 02 Sep 21 - Sepasukan pegawai dan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan IPD Kuala Langat berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di Ladang Kelapa Sawit Sg Judah, Pulau Carey, Selangor jam 08.30 pagi semalam semasa melaksanakan rondaan Op BENTENG COVID-19.
PATI yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 tahun yang mana 10 daripada mereka adalah lelaki dan 10 lagi wanita. Mereka ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan laut menggunakan bot sebelum mendarat di kawasan jeti Sg Judah, Pulau Carey.
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Telok Panglima Garang untuk siasatan lanjut.
Comments
Post a Comment