KAPAL DAN BOT TLDM TAHAN 13 PATI DI PERAIRAN JOHOR SELATAN






Kapal dan bot TLDM berjaya menahan 13 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di 
perairan Johor Selatan pada awal malam tadi. 13 lelaki yang dipercayai warganegara Indonesia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan atas kesalahan menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah mengesan keberadaan
sebuah bot curiga berkelajuan tinggi bergerak dari Pulau Batam, Indonesia dan disyaki menuju ke perairan Teluk Ramunia, Johor. Area Control Centre (ACC) Johor telah menyalurkan maklumat pencerobohan kepada aset TLDM KD GANYANG di lapangan untuk tindakan lanjut.

KD GANYANG seterusnya telah mengkoordinasikan aset TLDM FCB 1123, 
bot pemintas RHIB SANTI serta aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu PERKASA 30 bagi memintas bot tersebut. 

Menyedari kehadiran bot-bot TLDM dan APMM di lokasi, bot PATI telah bertindak melaksanakan cubaan meloloskan diri. Namun hasil kecekapan dan tindak balas pantas FCB 1123, RHIB SANTI dan PERKASA 30 telah berjaya mengagalkan cubaan tersebut dan memberkas PATI tersebut di lokasi 4 batu nautika selatan Teluk Ramunia.

PATI yangdiberkas telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan seterusnya telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk ujian saringan COVID-19 dan juga siasatan lanjut.

Kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh 
kesemua agensi terlibat memastikan setiap cubaan menceroboh akan dipatahkan baik di laut mahupun di darat. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. TLDM bersama agensi penguatkuasa maritim yang lain sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara pada sebilang masa.

Comments

Popular posts from this blog

𝟮𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔