PATI BERSEMBUNYI DALAM ALMARI ANTARA 22 DICEKUP


SHAH ALAM: Cubaan dua beranak  Indonesia melindungi ketua keluarga mereka daripada dicekup gagal apabila lelaki itu ditemukan bersembunyi dalam almari baju, semalam.


Dalam serbuan  Imigresen Selangor, seorang wanita dan anaknya memaklumkan lelaki tersebut tiada di rumah mereka di sekitar Klang kerana bekerja di Johor.


Pemeriksaan menyeluruh bagaimanapun berjaya mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dan kesemua mereka ditahan untuk tindakan lanjut.


Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, tiga beranak itu antara 22 PATI berusia dua hingga 47 tahun yang dicekup menerusi serbuan bermula pukul 11 malam tadi.


 Menurut beliau, operasi  enam jam itu disertai 11 pegawai dan anggota penguat kuasa yang mensasarkan beberapa kediaman warga asing di sekitar Klang.


 “Hasil pemeriksaan ke atas 26 individu mendapati 22 daripada mereka  dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen.


“Kesemua mereka melibatkan 18 warga Indonesia manakala selebihnya empat warga Pakistan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Mohamad Shukri, kesemua PATI itu bekerja sebagai buruh binaan, kilang dan pembersihan dengan menyewa rumah teres papan di sekitar daerah berkenaan.


“Hasil siasatan turut mendapati antara mereka sudah lebih dua tahun menetap di negara ini.


 “Kita akan mengesan pemilik rumah sewa atau pelindung kepada PATI itu untuk dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah,” ujarnya.


Sumber :UTUSAN 


Layari Media Sosial Friends Of Immigration untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


๐™๐™€๐™‡๐™€๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ https://t.me/joinchat/AAAAAFVbity9_qHJMSS9BQ


๐™‹๐˜ผ๐™‚๐™€ ๐™‰๐™Š 2

https://www.facebook.com/FOIMM-104564604797183/


๐™‚๐™๐™Š๐™๐™‹ ๐™๐˜ผ๐˜พ๐™€๐˜ฝ๐™Š๐™Š๐™†

https://www.facebook.com/groups/477814699353912/


๐˜พ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™‰๐™€๐™‡ ๐™”๐™Š๐™ ๐™๐™๐˜ฝ๐™€ 

https://youtube.com/channel/UCeu5U_7XQIMCY9HI_Yomdlg


๐™„๐™‰๐™Ž๐™๐˜ผ๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ

friends_of_immigration

Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

KAPAL DAN BOT TLDM TAHAN 13 PATI DI PERAIRAN JOHOR SELATAN